selamat

SELAMAT

gambar

pi

pi

Friday, 12 December 2014

Kaedah Gabungan Pam dan Graviti

KAEDAH GABUNGAN PAM DAN GRAVITI


                    Dalam kaedah ini pam dan daya graviti merupakan elemen yang berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana air dipam naik dan disimpan di dalam tangki simpanan yang berada diparas lebih tinggi.
                   Agihan air dibuat secara aliran graviti kepada pengguan. Ini bermakna pengguna perlu berada  lebih rendah daripada tangki simpanan. Air juga boleh dibekalkan kepada pengguna tanpa melalui tangki simpanan.
                    Kaedah ini mempunyai banyak kebaikan dan buktinya kaedah ini digunakan secara meluas di Malaysia. Ini disebabkan oleh kos operasinya yang rendah. Selain itu, kaedah ini boleh membekalkan air semasa ketiadaan bekalan tenaga elektrik atau pam rosak. Tambahan lagi, kaedah ini hanya memerlukan pam yang berkeupayaan sederhana dan berkadar rata.

0 comments:

Post a Comment