KAEDAH
GRAVITI
Kaedah agihan ini amat sesuai digunakan bagi
menyalirkan air dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah dengan
menggunakan daya graviti. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan membina loji
rawatan air diparas yang lebih tinggi daripada pengguna.
Namun begitu, tekanan air perlu dikawal supaya tidak
terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan pada paip dan sistem. Selain itu,
tekanan air juga tidak boleh terlalu rendah bagi mengelakkan kelajuan air
menurun dan lambat sampai kepada pengguna.
Terdapat beberapa kebaikan dalam menggunakan kaedah
ini bagi menghantar air kepada pengguna iaitu kos operasi lebih rendah dan
sesuai untuk kawasan perumahan yang berbukit atau dikawasan rendah.
Namun begitu, kaedah ini juga mempunyai kelemahan
iaitu pengguna yang berada jauh dari sumber akan menerima tekanan yang rendah
disebabkan kehilangan turus atau kerugian.
0 comments:
Post a Comment