selamat

SELAMAT

gambar

pi

pi

Monday, 15 December 2014

JAWAPAN AKTIVITI

JAWAPAN AKTIVITI

1)  B

2) 1) Tangki Simpanan
    2) Paip Penghantaran
    3) Kaedah Pam

3) No 3

Jawapan Penilaian

Jawapan Penilaian

1) C
2) D
3) C

Penilaian

PENILAIAN

1.    Berikut merupakan kawasan atau lokasi yang paling sesuai digunakan bagi Kaedah Graviti 

A. Kawasan Pantai
B. Kawasan Tanah Pamah
C. Kawasan Berbukit atau Lembah
D. Tiada diatas

2.     Pilih pernyataaan yang benar mengenai Kaedah Pam

i.   Bekalan air akan terputus apabila bekalan elektrik terputus.
ii.  Tekanan didalam paip akan menjadi tinggi pada masa        
     permintaan tinggi.
iii. Kaedah pam memerlukan kawalan dan khidmat selenggara     
      yang kerap bagi memastikan bekalan air sentiasa berada pada   
      tahap optimum.
iv. Kos operasi tinggi.

A. i dan iii
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua diatas

3. Antara berikut merupakan kebaikan Kaedah Gabungan antara Pam dan Graviti, kecuali

A. Sangat ekonomi
B. Kos penyelenggaraan rendah
C. Kos operasi tinggi
D. Kecekapan tinggi.



Aktiviti

AKTIVITI


1.    Kedudukan tangki yang sesuai adalah penting bagi memastikan air dapat disalir kepada  pengguna.Berdasarkan gambar dibawah pilih kedudukan tangki yang betul bagi kaedah graviti








2   Lengkapkan perkataan yang telah disediakan berkaitan kaedah pam




3.     Pilih gambar yang menunjukkan kaedah gabungan pam dan graviti yang betul




Friday, 12 December 2014

Kaedah Gabungan Pam dan Graviti

KAEDAH GABUNGAN PAM DAN GRAVITI


                    Dalam kaedah ini pam dan daya graviti merupakan elemen yang berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana air dipam naik dan disimpan di dalam tangki simpanan yang berada diparas lebih tinggi.
                   Agihan air dibuat secara aliran graviti kepada pengguan. Ini bermakna pengguna perlu berada  lebih rendah daripada tangki simpanan. Air juga boleh dibekalkan kepada pengguna tanpa melalui tangki simpanan.
                    Kaedah ini mempunyai banyak kebaikan dan buktinya kaedah ini digunakan secara meluas di Malaysia. Ini disebabkan oleh kos operasinya yang rendah. Selain itu, kaedah ini boleh membekalkan air semasa ketiadaan bekalan tenaga elektrik atau pam rosak. Tambahan lagi, kaedah ini hanya memerlukan pam yang berkeupayaan sederhana dan berkadar rata.

Kaedah Pam


KAEDAH PAM


Kaedah ini sangat sesuai digunakan apabila turus tekanan rendah atau pengguna berada di tempat lebih tinggi daripada  sumber atau loji rawatan air. Selain itu, ia sesuai digunakan jika pengguna berada lebih kurang sama dengan sumber.
Dalam kaedah ini, pam digunakan sebagai peralatan penting bagi mengepam air terus ke dalam paip penghantaran tanpa perlu disimpan sebelum sampai kepada pengguna.
Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah tekanan dan aliran dapat diubahsuai mengikut keperluan. Ini kerana penggunaan pam boleh dikawal dan dilaras mengikut kehendak dan permintaan.
Namun begitu, jika pam rosak atau bekalan elektrik terputus, bekalan juga akan terputus. Selain itu, pam akan menjadi cepat rosak disebabkan oleh penggunaan yang berterusan dan kelajuan yang berbeza-beza mengikut keperluan. Tambahan lagi, pam ganti atau standby pump diperlukan bagi memastikan bekalan konsisten tanpa gangguan.


Kaedah Graviti

KAEDAH GRAVITI


Kaedah agihan ini amat sesuai digunakan bagi menyalirkan air dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah dengan menggunakan daya graviti. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan membina loji rawatan air diparas yang lebih tinggi daripada pengguna.
Namun begitu, tekanan air perlu dikawal supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan pada paip dan sistem. Selain itu, tekanan air juga tidak boleh terlalu rendah bagi mengelakkan kelajuan air menurun dan lambat sampai kepada pengguna.
Terdapat beberapa kebaikan dalam menggunakan kaedah ini bagi menghantar air kepada pengguna iaitu kos operasi lebih rendah dan sesuai untuk kawasan perumahan yang berbukit atau dikawasan rendah.
Namun begitu, kaedah ini juga mempunyai kelemahan iaitu pengguna yang berada jauh dari sumber akan menerima tekanan yang rendah disebabkan kehilangan turus atau kerugian.