KAEDAH
PAM
Kaedah ini sangat sesuai digunakan apabila turus
tekanan rendah atau pengguna berada di tempat lebih tinggi daripada sumber atau loji rawatan air. Selain itu, ia
sesuai digunakan jika pengguna berada lebih kurang sama dengan sumber.
Dalam kaedah ini, pam digunakan sebagai peralatan
penting bagi mengepam air terus ke dalam paip penghantaran tanpa perlu disimpan
sebelum sampai kepada pengguna.
Kebaikan menggunakan kaedah ini ialah tekanan dan
aliran dapat diubahsuai mengikut keperluan. Ini kerana penggunaan pam boleh
dikawal dan dilaras mengikut kehendak dan permintaan.
Namun begitu, jika pam rosak atau bekalan elektrik
terputus, bekalan juga akan terputus. Selain itu, pam akan menjadi cepat rosak
disebabkan oleh penggunaan yang berterusan dan kelajuan yang berbeza-beza
mengikut keperluan. Tambahan lagi, pam ganti atau standby pump diperlukan bagi memastikan bekalan konsisten tanpa
gangguan.
0 comments:
Post a Comment